Monday, July 27, 2009

buat sleeping beauty 1 ..

assalamualaikum ..hye

sleeping beauty 1 menyahut cabaran? bagus. ada semangat baru ke? *wink*
Bahasa kita sentiasa boleh dipertingkatkan. Dan, apabila saya mencabar anda, maka itu hanyalah gurauan semata, cik sleeping beauty 1. kerana saya sendiri bukan sesiapa untuk menghakimi anda. harap jelas. akhem.
sekadar penghargaan, saya bangga apabila anda mampu melontar kata dengan bait-bait bahasa indah kerana itu adalah di luar jangkaan saya. balik nnti belanja kite belanja awak cincau ye? bangga sangat nih!

Bicara kematian yang mula-mula sleeping beauty buka mungkin bertitik tolak dengan perkhabaran kematian-kematian yang tidak putus -putus ( ye ke? ) sejak minggu lepas. orang-orang terdekat kami. hatta kematian mengejut pengilham moonwalk dan pembikin filem talentime. sesuatu yang tiba-tiba. betul? dan saya juga setuju inilah kehidupan.

saya rakamkan terima kasih kepada sleeping beauty 1 - kerana apa yang ditulisnya pastinya sesuatu peringatan. di kala senang dan gembira ( apetah lagi sedang cuti ni) wajar untuk kadang-kadang mengingati kita di sini bukan selamanya. buatlah ape yang terbaik untuk kehidupan anda. anda sendiri tahu ape yang terbaik untuk diri dan anda berkuasa penuh untuk memebuat keputusan. dan untuk perjalanan di hadapan yang pasti berliku, saya wish good luck ! Moga Allah di pihak anda. Insya-Allah.

hm..perlu ke buat tajuk nih?no idea..

hye..
assalamualaikum,
the otr sleeping beauty ask me to improves my malay languange so may i??

tika mlm hari menjelma, kotak fikiranku asyik memikirkan akn kehidupanku yg masih belum pasti.takut akan mati krn dosa-dosa ku yg terbentang seluas lautan yg sekali lg belum pasti akan taubat yg ku idamkan.
tika mlm hari sekali lagi menjelma,ku fikirkan aku dihadapan pemilik nyawaku yg belum yakin utk ku temui,membawa dosa dan pahala yg belum pasti cukupnya.doa ku didlm solatku yg meminta-minta sdgkan diri ini hina, sedangkan tidak pernah ku tanya siapa diriku?layakkah aku?kerana,aku masih terkubur didlm alpa.pernahkah aku merasa cukup dgn apa yg tlh ku kecapi?layakkah aku mengaku diriku umat Rasulku?layakkah aku menjadi penghuni syurga itu?aku yg sentiasa memikirkan hanya tentang dunia.membentangkan seluruh harapanku hanya utk duniawiku.metinggal akhiratku dlm keadaan yg belum pasti..